Header Ads

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 .  Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2 (Bulan November) adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA  yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


September 2016 : Permohonan kemasukan ke UiTM MAC 2017 SESI AKADEMIK 2 2016/2017 (SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK) akan dibuka pada 3 Oktober hingga 7 November.

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online (Diploma dan Asasi)
1.  Pemohon dikehendaki membuat permohonan  melalui  Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 4 Julai 2016 (Isnin) di link permohonan di bawah ini :-
Sila klik http://online.uitm.edu.my
2.  Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di url http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016  atau   http://www.selangkah.uitm.edu.my

3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 4 Julai 2016 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking. (No. Slip yang dibeli sebelum 4 Julai 2016 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini).


Peringkat Program
1. Program Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (P1005)
Sila nyatakan semasa membuat pembelian no slip di BSN
Terbuka untuk pelajar Lepasan SPM/ Setaraf bagi permohonan ke program-program Diploma UiTM dan Asasi Undang-undang UiTM. Rujuk http://ontine.uitm.edu.my
Sesi Pengambilan : November 2016
Mod Pengajian : Sepenuh Masa
Kadar Bayaran : RM10.00
2. Penerapan
Khusus untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM
Penerapan Pra Diploma ke Diploma UiTM
Sesi Pengambilan : November 2016
Mod Pengajian : Sepenuh Masa
Kadar Bayaran : RM10.00

Semoga Anda Berjaya

No comments

Powered by Blogger.