Ada 4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Mesti Kena Tahu


Ada 4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Mesti Kena Tahu| Jika anda mengalami masalah kulit yang kering, masalah parut jerawat ataupun masalah muka berlubang anda semestinya ingin memiliki kulit yang licin dan suci bersih betul tak?.



Anda semestinya ingin merawat kondisi ini dengan cepat, namu tiada cara yang berkesan dengan cepat.

Kebiasaan  orang akan menyakinkan anda untuk membeli produk-produk kecantikan dengan harga yang mahal, namun tiada jaminan tentang keberkesanannya.

Adakah anda tahu bahawa untuk cantik dan memiliki kulit muka yang licin, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar, bahkan terdapat banyak cara penjagaan kulit wajah secara tradisional, dan ianya berkesan lagi murah.

Berikut adalah beberapa cara melicinkan kulit muka serta petua tradisional yang anda boleh amalkan. Entri ini akan meliputi 6 bahagian:

Cara 1 : Mencuci Muka dengan Betul



Ini Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya korang inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara seperti ini

1. Cuci Muka Setiap Hari

Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.

Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapan yang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan anda.

2. Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.

Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.

Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

3. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalaha terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.

Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.

4. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.



Cara 2 : Exfoliate




Apa tu ? Exfoliate ataupun terkelupas merujuk kepada proses sel kulit yang sudah mati terkelupas dari badan dan akan digantikan dengan sel kulit yang baharu.

Langkah ini adalah baik kepada anda kerana ia boleh menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain) dan mengembalikan keanjalan kulit muka, awet muda anda. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buat Skrub Muka (face scrub)

Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik. Terdapat banyak produk face scrub ataupun face mask dipasaran dunia mahupun tempatan.

Namun, anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuknya kerana anda boleh membuat face scrub sendiri. Cara-caranya adalah:

Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.
Baking soda/powder akan mengeluarkan sebarang kotoran atau sel mati yang berada di bahagian muka anda.

2. Basahkan muka dengan air suam

Sebelum anda menyapu scrub tersebut pada muka, anda perlu membasuh muka anda dengan air suam terlebih dahulu. Hal ini kerana untuk menanggalkan bakteria ataupun kotoran lain yang terdapat pada muka anda.

Aplikasi face scrub adalah sesuai diamalkan semasa mandi.

3. Gunakan exfoliant Pada Muka

Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka (dengan berhati-hati).

Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi. Namun, elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.

4. Gosok Pada Permukaan Muka


Setelah anda menyapu exfoliant tersebut, anda dikehendaki untuk menggosoknya dengan perlahan-lahan agar lapisannya sekata.

Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda/powder tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.

5. Bilas dan keringkan muka anda

Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.

Sekiranya kulit anda agak kering selepas bilas, sila baca langkah-langkah untuk melembapkan muka di bawah.

Cara 3 : Lembapkan Muka (Moisturizing)



Selepas Korang cuci muka korang dengan pencuci muka yang sesuai ataupun menggunakan exfoliant, anda digalakkan untuk menggunakan pelembap muka (moisturizer) untuk mengembalikan kelembapan pada muka anda. dan bg segar

Adakah anda maklum bahawa salah satu petua orang Korea menjaga kulit mereka adalah dengan menggunakan pelembap?

Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Guna Pelembap (moisturizer) Selepas Cucian Muka

Anda digalakkan untuk kerapkan penggunaan pelembap, lebih-lebih lagi selepas mencuci muka.

Mencuci muka boleh mengeringkan kulit muka anda, dan dengan menggunakan pelembap, ia boleh mengembalikan kelembapan kulit tersebut.

Sekiranya anda mengalami masalah jerawat, anda perlu dapatkan produk pelembap yang bebas minyak ataupun pelembap yang dibuat khusus untuk wajah yang berjerawat. Sama juga kepada kulit muka yang sensitif, anda perlu dapatkan produk pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

2. Gunakan Produk Pelembap yang Biasa

Untuk pengetahuan anda, produk pelembap muka yang biasa sudah memadai untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda.

Anda boleh memulakan amalan penggunaan produk pelembap ini dengan produk yang biasa-biasa dahulu.

Apa yang penting adalah mengamalkannya dengan konsisten.

3. Gunakan Pelembap yang Lebih Berkualiti

Sekiranya produk pelembap yang anda guna tidak mamadai, anda perlu beralih kepada jenama yang lebih berkualiti seperti Dove ataupun jenama yang lain (dan juga mungkin lebih mahal).

Namun, anda boleh mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

4. Gunakan Pelembap dengan Berpada-Pada

Walaupun anda perlu menggunakan pelembap muka dengan kerapa, namun jangan menggunakan moisturizer secara berlebih-lebihan kerana ia boleh memudaratkan kulit muka anda, bukannya sebaliknya.

Adalah terbaik bagi anda untuk membaca arahan produk pelembap tersebut secara teliti sebelum mengaplikasikannya.

Seelok eloknya korang menggunakan produk pencuci muka dan pelembap yang sama untuk mengelakkan reaksi kimia yang mungkin memudaratkan muka anda.




Cara 4 : Rawatan dan Petua Tradisional



Ini cara tradisional plak ok

Setelah mengamalkan cara penjagaan kulit muka dengan betul, anda boleh menggunakan beberapa cara rawatan dan petua tradisional di bawah untuk mengembalikan kecantikan wajah anda. Dan sudah pasti, melicinkan kulit muka anda secara total.

1. Cuci Kulit Dengan Kunyit

Ya, anda boleh menggunakan kunyit untuk merawat kulit muka anda. Tidak percaya? Cara-caranya adalah seperti berikut: (mudah sahaja)

Campurkan satu sudu yogurt (yang biasa) dan satu sudu serbuk kunyit.
Gaulkannya sehingga menjadi satu pes.
Sapukan pada muka anda, pastikan tidak terkena mata.
Biarkan selama 20 minit.
Kemudian bilas dengan air
Namun, beberapa perkara anda perlu ambil perhatian jika berminat untuk mencuba cara ni:

Anda tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini dengan kerap sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah. Hal ini kerana kunyit boleh meninggalkan kesan warna pada kulit. Nanti kulit anda menjadi kuning seperti dalam emoji.
Bilas mask tersebut dengan air yang bersih sahaja, jangan menggunakan sabun kerana ia boleh menanggalkan bakteria baik yang ada pada yogurt tersebut.
Kunyit juga boleh meninggalkan kesan warna pada kain dan baju. Jadi berhati-hati jika tidak mahu pakaian anda kotor.

2. Bersihkan Kulit dengan Cuka Epal (apple cider vinegar)

Dapatkan satu botol cuka epal dan tuangkannya sedikit ke atas tisu muka ataupun ke atas tuala muka. Sapukannya pada permukaan kulit yang berkenaan dan biarkannya selama 2 minit sebelum membilasnya.

Untuk bilasan, digalakkan untuk menggunakan air yang bersih sahaja tanpa sabun. Hal ini kerana sabun boleh menanggalkan bakteria semula jadi yang ada dalam cuka tersebut.

Ia akan memberikan bau yang kurang enak semasa penyapuan, namun akan hilang sebaik sahaja ia kering.

3. Guna Madu

Ini adalah salah satu cara yang popular, kerana ia mudah untuk didapati, murah dan senang. Madu seara semulajadi mempunyai banyak khasiat. Berikut adalah langkah-langkah melicinkan kulit muka dengan menggunakan madu:

Campurkan madu dan yogurt sehingga ia sebati. Kuantiti adalah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit.
Bilas dengan air yang bersih.
Amalkan kaedah ini setiap hari, nescaya anda akan mendapati perubahan dalam masa 1-2 minggu. Madu tidak mempunyai sebarang kemudaratan, jadi yang risau.

4. Guna Tomato

Anda boleh melicinkan kulit muka dengan menggunakan tomato. Tomato mengandungi banyak khasiat yang boleh mengembalikan dan pengekalkan kesihatan kulit, dan lebih-lebih lagi kulit muka.

Cara-caranya adalah:

Tumbuk separuh tomato sehingga menjadi pes.
Sapukan pada permukaan kulit secara sekata.
Biarkannya selama 10-20 minit.
Bilas dengan air yang bersih .
Lap muka anda dengan perlahan-lahan.
Selain menjadikan tomato sebagai mask, anda juga boleh mengamalkan pemakanannya, jadikannya salah satu diet harian anda. Tomato sangat baik untuk kesihatan kulit.

5. Hindari dan Buang Semua Sumber Kotoran pada Muka

Kuman, bakteria, habuk, minyak dan lain-lain boleh menyebabkan muka anda tumbuh jerawat, kemerah-merahan, ruam, bintik-bintik hitam dan lain-lain.

Perkara-perkara tersebut mudah menghinggapi kulit muka anda melalui medium dan perlatan yang kerap ada persentuhan dengan muka anda. Antaranya adalah tangan, telefon bimbit, sarung bantal, cermin mata dan lain-lain.

Untuk mengelak daripada perkara tersebut daripada berlaku (selain menjaga kebersihan muka), anda perlu kerapkan membasuh peralatan tersebut.

Untuk Tips Tambahan Untuk Licinkan Kulit Muka

Inginkan tips tambahan dan berkesan untuk melicinkan kulit? Mungkin petua dibawah boleh membantu serba sedikit:

Caranya
1 -  Gunakan pengikat rambut untuk mengurangkan persentuhan rambut dengan muka.
2 - Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
Perkara ini telah terbukti bahawa ia boleh mengurangkan perbentukan bakteria pada permukaan muka – yang mana boleh menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam.
Amalkan semua perkara di atas sebelum anda masuk tidur boleh memberikan kulit anda licin pada keesokan hari.

Tapi korang kena ingat ye, perkara ini mengambil masa dan konsistensi. jadi yang nak harap kan hari ni buat esok lusa da cantik mcm mira filzah tau.. hehehhe..

Share on Google Plus

About Paul

0 comments:

Post a Comment