Header Ads

Anugerah Skrin 2016 Filem Redha & Drama Fatin Unguli (ASK2016)

Anugerah Skrin 2016 Filem Redha & Drama Fatin Unguli (ASK2016) | Filem Redha arahan Tunku Mona Riza yang diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd telah memenangi anugerah utama iaitu filem terbaik di malam Anugerah Skrin 2016.






Tahniah Diucakap kan kepada pemenang- pemenang.

Selain itu, filem ini turut berjaya merangkul anugerah filem lelaki terbaik menerusi aktor Namron.

Manakala aktres Maya Karin menerusi filem Nota unggul dengan memenangi kategori pelakon wanita terbaik seterusnya mengenepikan saingan terdekatnya Nabila Huda.

Sementara itu, drama berjudul ‘Fatin’ terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd telah berjaya dinobatkan sebagai drama terbaik pada tahun ini,
seterusnya turut berjaya merangkul anugerah bagi kategori pengarah terbaik Razaisyam Rashid. Drama ini turut berjaya memenangi anugerah Videografi terbaik menerusi Idham Mad Din.
Support Admin untuk 1 Klik DiBawah



Bagi kategori pelakon lelaki terbaik (drama) telah dimenangi oleh Beto Kusyairy menerusi drama berjudul “Ramadan Berteduh Syawal”. Manakala pelakon wanita terbaik (drama) dirangkul oleh Tiz Zaqyah dalam drama berjudul “Cermin Kasih”.



Menariknya, bagi kategori anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik filem, aktor Hushairi Bin Husain menerusi filem ‘Polis Evo’ telah berjaya mempertahankan kemenangannya bagi kategori tersebut kerana sebelum ini dia telah pun berjaya merangkul kategori tersebut di anugerah festival filem Malaysia ke-28.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori di Anugerah Skrin (ASK2016).

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) – Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) – Jalil Hamid (Calon Syurga)
3. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Majalah 3 (Wira Beret Semerah Hati
4. Rancangan Hiburan Terbaik – Buskestra
5. Videografi Terbaik (Drama) – Idham Mad Din (Fatin)
6. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
7. Laporan Khas Berita Terbaik – Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
8. Rancangan Realiti Terbaik – Let’s Cycle 2
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) – Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) – Hushairi Bin Husain (Polis Evo)
11. Lakon Layar Terbaik – Love Supermoon (Wan Hasliza)
12. Lakon TV (Skrip) Terbaik – Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial – Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
14. Penyunting Terbaik Drama – Izhar Masuri (Rekah)
15. Pelakon Wanita Terbaik (Filem) – Nota (Maya Karin)
16. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) – Redha (Namron)
17. Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 30
18. Pelakon Wanita Terbaik (Drama) – Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
19. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) – Beto Kusyairy (Ramadan Berteduh Syawal)
20. Drama Rantaian Terbaik – Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
21. Drama Komedi Terbaik – Mak Cun 2
22. Pelakon Komedi Terbaik – Erma Fatima (Mak Cun 2)
23. Pengarah Terbaik (Filem) – Munafik (Syamsul Yusof)
24. Pengarah Terbaik (Drama) – Razaisyam Rashid (Fatin)
25. Filem Terbaik – Redha (Current Pictures Sdn Bhd)
26. Drama Terbaik – Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)


No comments

Powered by Blogger.