Artis Malaysia wayang berhijab


Artis Malaysia wayang berhijab, itu lah yang saya boleh cakap bila dapat tahu seorang artis ni macam ni.
Ya Allah. Insaf Lah Dik..
Hari Tu Cakap Bukan Main Dapat Hidayah Nak Berhijrah Lah! Malam Tadi Terang Nampak Dia Dalam Club Terhuyung-Hayang Siap Bertudung Lagi Kalau Tak Minum Air Kencing Syaitan Dia Buat Apa Lagi?

Memang terkejut juga sy mendengar cerita seorang teman yang manja dengan panggilan Cik Mona Manis tentang perilaku seorang pelakon wanita cantik berdarah kacukan yang sudah berhijab ini.

Agak sukar untuk Miss K menerima hakikat tentang cerita yang Cik Mona Manis sampaikan tentang pelakon ini yang nampak lemah-lembut tetapi rupa-rupanya masih belum boleh meninggalkan tabiat mengunjungi kelab malam.

Miss K beritahu kepada Cik Mona Manis, jangan cepat jatuh hukum terhadap pelakon putih melepak tersebut kerana mungkin dia ke kelab malam untuk melepaskan tekanan kerja atau sedang menjalani penggambaran.

“Miss K oi, kalau iya pun pergi hilangkan ‘stress’ takkanlah keluar ‘club’ terhuyung-hayang? Tudung dekat kepala tu pun dah terselak ke belakang! Geram pula Mona Manis tengok kelakuan artist tu tau,

Rasa nak cabut terus kain atas kepala dia tu!
“Kalau Miss K kata dia sedang menjalani penggambaran, Mona Manis tak nampak pula krew atau lokasi tersebut telah di set-up sebagai set lakonan!,” bersungguh teman Miss K bercerita.

“Alahai Mona Manis, maksudnya engkau pun pergi berseronok jugalah di kelab malam tu? Kalau tidak takkan boleh terserempak dengan pelakon cantik tu,” Miss K lazerkan balik si Mona (sesuai!)

Dalam senyuman kelat, Mona Manis sempat sambung cerita, katanya pelakon tinggi lampai itu turut ditemani rakan pelakon lain yang turut ‘ting-tong’ pada malam tersebut.
Sayang sekali jika benar berita disampai Cik Mona Manis ini kerana pelakon wanita yang dimaksudkan teman Miss K itu berbakat besar orangnya.

Setakat ini, drama-drama lakonannya semua ‘tip-top’. Miss K harap pelakon tersebut kalau tidak malu dengan orang sekeliling, malulah dengan tudung di atas kepalanya itu.
Miss K bukannya apa, takut nanti orang tak panggil yang di atas kepala tu sebagai ‘tudung’ atau ‘hijab’ lagi selepas ini tetapi dipanggil ‘kain buruk’ kerana nak ‘kontikan’ dengan pe’el awak tu

Share on Google Plus

About Paul

0 comments:

Post a Comment