Individu Kasari Penguat kuasa MBSA Direman 14 hari

Individu Kasari Penguat kuasa MBSA Direman 14 hari | Dua orang yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari berkuatkuasa serta merta oleh mahkamah hari ini.


Pasangan ini  dijatuhkan Majistret P Sarulatha selepas suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.



Majistret P Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Majistret P Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan yang di baca, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta. kekasaran yang dilakukan menghalang penguat kuasa untuk menyaman kereta tertuduh


Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah dan kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial semalam.

D Malaysia Dot Com


Share on Google Plus

About Paul

0 comments:

Post a Comment