Header Ads

INNALILLAH! Tasha Syila Terlibat Dalam Kemalangan

INNALILLAH! Tasha Syila Terlibat Dalam Kemalangan | KEADAAN yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla boleh diibaratkan ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’. Dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya.



Tasha Shilla sekali lagi terpaksa menerima dugaan berat yang dihadapi apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu. Menurut seorang sumber kepada portal Beautiful Nara, kereta BMW yang dipandu Tasha telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.



Punca sebenar nahas kemalangan itu masih dalam siasatan lagi , namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik. Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang cedera parah.

Sama-sama kita tunggu  penyelasan dari mulut tasha sendiri Tasha masih belum lagi membuat sebarang kenyataan secara terbuka mengenai kes kemalangan ini.



Sementara itu, bintang drama Nasuha ini juga sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas. Dalam perkembangan lain, nama Tasha baru-baru ini menjadi perhatian media selepas dikatakan mabuk dan mengamuk dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pagi Jumaat lalu menyerang bekas teman lelakinya, Hans Wong.



No comments

Powered by Blogger.