Header Ads

PENAMPILAN Raysha Rizrose Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)


PENAMPILAN Raysha Rizrose Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)
 bekas juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose di acara gilang gemilang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang diadakan pada minggu lalu mendapat kritikan hebat daripada netizen.



Difahamkan kritikan yang diterima Raysha berpunca daripada sekeping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya, Nelydia Senrose menerusi akaun Instagram peribadinya.

Gambar Raysha yang mengenakan busana blink-blink warna gelap potongan serong di bahu yang mendedahkan sebahagian dadanya dianggap keterlaluan oleh netizen.

Bahkan bukan itu sahaja, Raysha dikatakan tidak memakai baju dalam (coli) sehingga menampakkan puting payudaranya ketika mengenakan gaun tersebut turut dikecam hebat oleh netizen.

Walau bagaimanapun, menerusi sebuah portal akhbar tempatan, pelakon dan pengacara berusia 19 tahun itu menafikan tuduhan itu dan mendakwa ianya adalah disebabkan oleh potongan dan material baju berkenaan yang membuatkannya kelihatan seperti tidak memakai coli.

“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba



menasihati saya dan sebagainya.

“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.

“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepada Harian Metro.

Antara komen yang yang dilemparkan oleh netizen kepada Raysha ialah, “Tidak ada beza ngan pelacur,” tulis farid_ridzuan93.

Manakala seorang lagi netizen print_tshirtt, “Kakak buka tudung dapat tambah follower…dia buka coli la…lagi banyak follower.”

Difahamkan busana yang digayakan oleh Raysha pada ASK 2016 itu adalah rekaan Dato Nadia Marni.
Credit - sini

No comments

Powered by Blogger.