Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini Untuk 2017

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini - KPM. Syarat kelayakan akademik untuk permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 Untuk Pengetahuan Semua keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 November 2016. 






Namun keputusan pencapaian UPSR 2016 telah mencatatkan pengurangan yang ketara. Pelajar yang berjaya mendapat semua A iaitu 6A hanya sekitar 1.12 peratus atau hanya seramai 4,896 pelajar. Lanjutan daripada itu.

 KPM telah mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan syarat dan kriteria baru/ terkini pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2017.

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini



Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Akademik dan kriteria lain yang diambil kira pemilihan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 tahun 2017 Terkini :-

1:-Syarat minimum pencapaian akademik dalam peperiksaan UPSR adalah sekurang-kurangya 3A dan 3B

2:- Ranking pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak hanya bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik sahaja.

3:- Selain pencapaian akademik, skor merit pemilihan dan penempatan murid akan mengambil kira komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan juga Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) yang diterangkumkan di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)



Kenyataan Rasmi Media KPM




Kepada adik-adik boleh lah buat permohonan secara online sekarang. Abang-abang dari D MALAYSIA DOT COM Mendoakn semoga berjaya dalam permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP. 


Semoga syarat dan kriteria pemilihan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar dalam membuat permohonan

Share on Google Plus

About Paul

0 comments:

Post a Comment