Proton Ertiga MPV


Proton Ertiga MPV | Kali ini Miss D akan memperkenalkan MPV terbaru keluaran Proton iaitu Proton Ertiga. Ertiga dilihat akan bersaing dengan Alza untuk segmen kereta jenis MPV sederhana. Mari kita lihat Review Proton Ertiga MPV kecil yang amat Wow, sesuai untuk keluarga sederhana.

Proton Ertiga 2016 telah disahkan sebagai salah satu model di bawah Proton dengan kerjasama Suzuki.

Kerjasama Proton dan PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) telah menjadikan kenyataan kini.

Proton Ertiga dilihat akan bersaing dengan Perodua Alza kerana ia MPV kecil yang hampir sama. Mungkin juga Ertiga di bawah Proton boleh di suntik dengan beberapa teknologi yang ada pada kereta Proton seperti Lotus Ride and Handling mahupun campro turbo


Berikut adalah spesifikasi luaran dan dalaman, harga dan gambar model baru MPV Proton Ertiga 2016 (berdasarkan spesifikasi di Malaysia dan bukan versi Suzuki Ertiga Indonesia )

Harga Proton Ertiga Dan Spesifikasi Proton Ertiga 2016
Berikut adalah harga rasmi dan varian Proton Ertiga (on the road price) termasuk insuran dan warranty 5 tahun/150,000km:

1. Ertiga Executive MT – RM58,800
2. Ertiga Executive AT – RM61,800
3. Ertiga Executive Plus AT – RM64,800

Berikut adalah spesifikasi rasmi teknikal, luaran dan dalaman, keselamatan, harga dan gambar model



Spesifikasi teknikal MPV Proton Ertiga

• Enjin : K14B, DOHC, VVT, 16 katup, 4 in-Line
• Kuasa Enjin: 95 HP/6.000 rpm @ 130 Nm/4.000 rpm
• Sistem Bahan Bakar : Multi Point Injection
• Kapasiti Bahan Bakar : 45 L
• Pecutan 0-100 km/j : 11.8 saat (MT) & 13.9 saat (AT)
• Penggunaan bahan api (90 km/j) : 5.7 l/100 km (MT) 6.0 l/100 km (AT)
• Transmisi : 5 MT / 4 AT
• Saiz : 4.265 mm (P) x 1.695 mm (L) x 1.685 mm (T)
• Jarak Antara Roda : 2.740 mm
• Berat Tanpa Muatan : MT 1,175 kg / AT 1,185 kg
• Jumlah Tempat Duduk : 7 orang
• Strering : EPS
• Radius Putar Minimum : 5,2 m
• Suspensi Depan : MacPherson strut with coil spring
• Suspensi Belakang : Torsion beam with coil spring
• Brek Depan : Ventilated Disc
• Brek Belakang : Leading / Trailing Drum

Spesifikasi MPV Proton Ertiga – Luaran:
• Lampu utama reflektor halogen
• Lampu kabus depan dan belakang
• Lampu belakang jenis bulb
• Gril depan krom
• Kemasan krom di bahagian belakang, lanjutan daripada lampu belakang
• Penunjuk lampu isyarat di bahagian fender depan
• Cermin sisi kawalan elektrik
• Kunci kawalan jauh
• Rim aloi 15 inci dengan tayar GT Radial Champiro Eco (185/65/R15)
• Tayar ganti jimat ruang
• Dua sensor parkir di belakang
• Pengilap cermin belakang

Spesifikasi MPV Proton Ertiga – Dalaman:

• Kemasan dwi-tona warna (kelabu dan beige)
• Roda stereng Polyurethane (boleh laras ketinggian)
• Unit radio dengan sambungan USB/CD
• Empat pembesar suara
• Kluster meter nyalaan belakang dengan fungsi Trip Meter
• Pendingin hawa manual
• Pendingin hawa belakang pada bumbung (dengan kawalan tahap kekuatan angin)
• Soket kuasa 12V (1 di depan, 1 di barisan tengah)
• Enam tali keledar 3-poin
• Fabrik dalam warna beige
• Ruang storan bawah lantai


Spesifikasi MPV Proton Ertiga – Keselamatan:
• Penarafan empat bintang ASEAN NCAP
• Dual Airbags
• Side Impact Beam
• ABS + EBD
• Child Proof Door Locks
• Isofix
• Sistem Keyles Entry
• Immobilizer
• Electronik Power Steering

Empat warna Proton Ertiga iaitu:
• Ruby Red
• Carnelian Brown
• Metal Grey
• Cotton White
Share on Google Plus

About Paul

0 comments:

Post a Comment