Cikgu Cantik Tahun 2017


KUALA LUMPUR – Kehadiran guru-guru ‘cantik’ ketika sesi persekolahan 2017 yang bermula hari ini menarik perhatian para penguna media sosial.



Guru-guru ‘cantik’ tersebut turut dilaporkan ‘sibuk’ memujuk murid tahun 1 dan pra sekolah yang sedang dilanda pelbagai emosi dan reaksi dan emosi.

Paling menarik, ada dikalangan bapa yang turut melahirkan hasrat untuk kembali bersekolah kerana terpesona dengan keayuan guru-guru tersebut.


“Kalau cikgu tadika macam ni, saya pun masuk tadika balik,” kata Hafizi Harris.

“Suka betul cikgu-cikgu cantik kat sekolah, kalau saya boleh masuk kelas dengan anak saya pasti akan hilang rasa mengantuk hahaha,” ujar Zainal Abdin pula.

Terdapat sekolah yang memulakan hari pertama persekolahan dengan membawa watak adiwira bagi menarik minat pelajar terutamanya murid tahun 1.

Terdahulu Pengarah Pendidikan Putrajaya Roaini Jaafar berkata bilangan murid tahun satu di Putrajaya meningkat berbanding tahun lalu iaitu seramai 2,900 murid berbanding 2,236 pada tahun lepas.

“Seramai 1,675 guru berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di sekitar Putrajaya berbanding hanya 1,500 guru pada tahun lepas,” katanya pada sidang media sesi persekolahan 2017 di sini.


Pada masa sama, Roaini berkata bagi jumlah keseluruhan, terdapat seramai 25,483 murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah di Putrajaya bagi tahun ini.

Di Perak, Pengarah Pendidikan Perak Mat Lazim Idris berkata seramai 32,463 murid tahun satu berdaftar di 852 sekolah seluruh negeri membabitkan Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsan (SJK) Cina; SJKC Tamil; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Pendidikan Khas.

Di Pahang, Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail berkata Kuantan mencatatkan bilangan tertinggi murid tahun satu berdaftar iaitu 8,076 orang daripada 23,400 murid tahun 1 yang berdaftar di seluruh negeri.

Di Perlis, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Azman Ghazali berkata sesi persekolahan di seluruh negeri berjalan lancar dengan seramai 3,788 murid tahun 1 mendaftar di 74 sekolah rendah bagi memulakan sesi persekolahan.

Di Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri merekodkan 26,387 murid tahun 1 berdaftar di 1,072 sekolah seluruh negeri tahun ini, kata Pengarah Datuk Maimunah Suhaibul.

Maimunah yang mengadakan tinjauan di Sekolah Menengah (SM) All Saints dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Agnes berkata seramai 13,377 pelajar memulakan persekolahan di 219 sekolah menengah manakala 27,626 murid prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan direkodkan pada tahun ini.

Di Sarawak, seramai 241,685 murid sekolah rendah dan 198,912 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri memulakan hari pertama sesi persekolahan di 1,264 sekolah rendah dan 190 sekolah menengah.











yang last ni cikgu korang ok.. 


Share on Google Plus

About Paul

0 comments:

Post a Comment