“Doktor Pernah Cakap Saya Hanya Akan Hidup Setahun Saja Lagi,” Elyana Dedah Hidap Kanser Tahap 4 Selepas Tersingkir GV4

Satu kejutan yang tidak disangka selama ini oleh peminatnya apabila penyanyi Elyana mendedahkan yang dia kini sedang bertarung nyawa selepas disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, pada mulanya dia telah disahkan menghidap kenser berkenaan tahap dua selepas melahirkan anak pertamanya, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

“Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya.

Beliau mendedahkan, selama ini dia mengalami fobia untuk tidur malam kerana takut tidak lagi dapat ‘berjumpa’ dengan anaknya keesokkan pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *