Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli – Pakar Kriminologi UKM

Dahulu kita sering mendengar akan gejala ini hanya berlaku di peringkat sekolah sahaja, lebih-lebih lagi jika di sekolah berasrama, namun tidak bermaksud sekolah harian adalah terkecuali.

Tapi, tidak lagi pada masa kini, yang mana gejala buli sudah mula menjadi tular, di mana berita mengenai Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnai, pelajar UPNM, dan baru-baru ini, kita pula dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi insan, iaitu saudara T. Nhaveen, di mana kedua-dua mereka menjadi mangsa buli.

Bagi ibu bapa pula, mungkin anak-anak tidak berani untuk memberitahu mereka menjadi mangsa buli, kerana diiugut oleh pembuli, tapi menerusi perkongsia oleh seorang pensyarah, yang juga Pakar Kriminologi, iaitu Dr Mohammad Rahim Kamaluddin, telah kongsikan beberapa tanda yang boleh dilihat kepada anak yang dibuli.

 

Individu yang beringkah laku anti-sosial mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan jenayah-jenayah ekstrim termasuklah pembunuhan

v. Pembuli juga mungkin adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini. Mereka adalah individu yang pernah dibuli atau didera dan mereka menganggap bahawa adalah tibalah giliran mereka untuk membuli yang lain (the cycle of bully)

vi. Faktor kekeluargaan – lazimnya, individu seperti ini adalah daripada keluarga yang mempunyai kurang hubungan kekeluargaan. Mereka adalah individu yang dibesarkan oleh ibubapa yang terlalu tegas / terlalu memberi kebebasan atau keluarga yang tidak mengendahkan tentang individu ini.

Sebagai contohnya, sekiranya seorang kanak-kanak dibesarkan dengan cara yang sangat tegas termasuklah memberi hukuman untuk segala tingkah laku, kanak-kanak ini akan memindahkan konsep ini apabila berada di luar rumah. Mereka akan ‘membalas dendam’ dan menganggap itu adalah satu norma untuk menghukum orang lain (mangsa)

(Video) ”Undercover” Sebagai Gelandangan, Sharul Shiro Hampir Kena Pukul Dan Akak Penjual Nasi Lemak Yang Amat Pemurah

Sejak semalam telah menjadi tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan pelakon dan pelawak Sharul Shiro telah menyamar sebagai gelandangan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Video yang dihasilkan oleh maxman.tv itu telah menarik perhatian ramai netizen selepas Sharul berjaya membawa watak sebagai gelandangan dengan berjaya tanpa terdedah identitinya.

Di dalam video itu memaparkan beliau yang menjadi gelandangan telah cuba meminta sedekah, ternyata sifat pemurah rakyat Malaysia begitu tinggi di mana dalam masa tidak sampai sejam beliau berjaya memperoleh RM30.

Namun satu kejadian tidak disangka berlaku apabila kelihatan datang dua orang lelaki bertindak agak kasar terhadap Sharul dan rakannya di mana dua lelaki itu bertanyakan adakah mereka memiliki dadah.

Dilihat berlaku sedikit pergelutan antara mereka di mana menyebabkan Sharul terjatuh je atas rumput, menurut mereka dua lelaki berkenaan mungkin pihak keselamatan atau penjaga kawasan berkenaan.

Di dalam video ini, apa yang betul-betul mencuri perhatian admin ialah apabila Shahrul cuba meminta nasi lemak dari akak penjual nasi lemak di Pasar Seni seperti dalam gambar di bawah.

Shahrul menyatakan dia amat lapar, sudah dua hari dia tidak menjamah makanan dan juga menyatakan dia tiada duit, namun akak itu dilihat telah membungkus nasi lemak berlauk ayam, diberikan secara percuma kepada ‘gelandangan’ yang tidak dikenalinya itu.

Ternyata sikap pemurah wanita di dalam video berkenaan mendapat pujian ramai netizen, rata-rata mereka kini mahu gerai akak ini viral.

Memang pemurah akak ini, beliau merupakan seorang peniaga gerai makanan di West Est Maina Station, Pasar Seni, memang terbaiklah akak ni, semoga dimurahkan rezeki akak.

Video itu kini telah ditonton sebanyak 1.9 juta orang dan dikongsi hampir 20,000 kali