Tak Tahan DI Asak Oleh Wartawan. Akhirnya Pihak Polis DedahKan Wajah Sebenar 2 Lelaki Yang Tikam Sampai Mati Di Johor Bahru Sebelum ini

JOHOR BAHRU: Dua suspek kes pembunuhan kejam di stesen minyak Taman Pelangi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Gan Jia Ji, 19, dan Yip Kah Hou, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, Jia Ji bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Tan Aik Chai, 44, pada jam 7.30 malam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, 17 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, Jia Ji dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kah Hou pula didakwa bersama tiga suspek lagi yang masih bebas bersubahat dengan Jia Ji dan lima lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Aik Chai pada lokasi dan waktu sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala Kah Hou diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Jia Ji tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menyerahkan laporan bedah siasat.

Tengok Gambar penuh di bawah, muka suspek. Klik gambar kotak di bawah dan masukkan password ( 1234 )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *